Selasa, 1 Mac 2011

PEPERIKSAAN BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN (BITK) TAHUN 2011

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan mengadakan Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) pada 8 Jun 2011 (Rabu).

Pegawai yang layak memohon antaranya ialah Pembantu Tadbir (P/O) dan Pembantu Tadbir (Kewangan) yang menjalankan tugas kewangan dan sedang menerima BITK RM 40.00 sebulan.

Permohonan boleh dibuat secara online dengan melayari laman web JANM http://www.anm.gov.my/ atau http://www.anm.gov.my/public_html/bm/default/borang_permohonan_bitk.php .

Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Mac 2011 (Isnin). Selamat mendaftar kepada semua yang berminat untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Tiada ulasan: