Jumaat, 23 April 2010

UCAPAN TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERSARA KEPADA PUAN HJH. NORMAH BINTI JOHARI - NAIB PRESIDEN KEPTAN PUSAT

KEPTAN Cawangan Mersing merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hjh. Normah binti Johari, Naib Presiden KEPTAN Pusat merangkap Pengerusi Penyelaras KEPTAN Negeri Johor dan Setiausaha KEPTAN Cawangan Kluang di atas perjuangan beliau bersama-sama EXCO KEPTAN Pusat serta diperingkat Negeri Johor di dalam KEPTAN yang telah banyak memberi kejayaan kepada ahli-ahli.

Juga mengucapkan Selamat Bersara Wajib kepada Pn. Hjh. Normah yang akan mula bersara pada 24 April 2010 setelah berkhidmat selama lebih 33 tahun. KEPTAN Cawangan Mersing mendoakan agar beliau sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
Terima kasih, selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.

Tiada ulasan: