Selasa, 9 Februari 2010

KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN TAHUN 2010

BERITA BAIK DAN MENARIK UNTUK PEMBANTU TADBIR & PEMBANTU TADBIR RENDAH DAERAH MERSING

  • Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah menerima peruntukan dari KPM sebanyak RM 45,000.00 untuk Program Latihan Dalam Perkhidmatan Tahun 2010 bagi Anggota Kakitangan Sokongan (AKS) seluruh Negeri Johor.
  • Setiap PPD akan diperuntukkan sebanyak RM 4,000.00. Bagi PPD Mersing peruntukkan tersebut akan diagihkan kepada 6 kumpulan :
  1. Pembantu Tadbir & Pembantu Tadbir Rendah
  2. Pembantu Pengurusan Murid (Prasekolah & Pend. Khas)
  3. Pembantu Makmal
  4. Penyelia Asrama
  5. Juruteknik Komputer
  6. Pembantu Am Pejabat/Pekerja Rendah Awam/Jaga
  • Tempoh Program untuk sesi pertama akan bermula pada Mac 2010 hingga Jun 2010. Semua kumpulan perlu merancang sekurang-kurangnya 3 program untuk sesi pertama ini.
  • Bagi kumpulan Pembantu Tadbir & Pembantu Tadbir Rendah, program tersebut akan diuruskan oleh KEPTAN Cawangan Mersing.
  • PELAN OPERASI LATIHAN (POL) BAGI SESI PERTAMA UNTUK PEMBANTU TADBIR DAN PEMBANTU TADBIR RENDAH
  1. Kursus Sistem Pengurusan Fail - 15 dan 16 Mac 2010
  2. Bengkel Pengurusan Aset Alih Kerajaan & Pengurusan Stor - 14 dan 15 April 2010
  3. Kursus Pemantapan Komputer - 8 dan 9 Jun 2010
  • URUSETIA
  1. Puan Sariah binti Ismail (Pengerusi Biro Pelajaran & Latihan)
  2. Cik Zalina binti Hussain
  3. Encik Abd. Aziz bin Agil
  4. Puan Khalijah binti Darim

Tiada ulasan: